Pages

Monday, June 28, 2010

PPIM gesa JAKIM tarik balik sijil halal syarikat Zionis

Tindakan kejam askar komando Zionis Israel di perairan antarabangsa terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam di Gaza mendapat kecaman di seluruh dunia. Segala kutukan dan maki hamun keluar dari mulut mekea yang inginkan keadilan tertegak dan menghukum Zionis laknatullah. Tetapi adakah kita sedar kita pun menyokong produk-produk Zionis yang menyumbang kepada keganasan mereka di bumi Palestin setiap hari?

boikot israel

Pernah saya menegur beberapa blogger mengenai kempen anti-Zionis yang saya rasakan lebih bermakna sekiranya kita boikot produk-produk Yahudi dan bertukar kepada produk halal lagi baik seperti HPA. Apa yang saya dapat? Maki hamun dan sumpah seranah serta diperlekehkan. Kerana apa jadi begitu? Tujuan blog saya ini pun bukan untuk mempromosikan HPA semata-mata tetapi niat saya ingin menyampaikan produk halal lagi baik kepada umat Islam yang masih dibelenggu isu halal dan haram serta kecaman ekonomi Yahudi ke atas negara umat Islam sehingga hari ini.
Beberapa artikel saya mengenai kesedaran pengguna terutama umat Islam mendapat respon positif dan tidak ketinggalan juga respon negatif (masuk ke dalam peti spam kerana alamat blog panjang seperti lamanwebsifulanbinsifulan.com). Ini adalah petanda baik artikel saya dapat menarik perhatian umat Islam khususnya supaya menjaga kehalalan makanan dan minuman kerana ia akan menjadi darah daging kita yang akan disoal di akhirat esok.
Oleh itu saya menyeru umat Islam supaya bertukarlah kepada produk halal lagi baik bukan sahaja kehalalan produk tersebut tetapi juga berkhasiat. Itulah yang disebut di dalam Al-Quran sebagai Halalan Thoyyiban. Sebelum membeli produk Yahudi fikirkan umat Islam di Palestin yang sengsara hingga ke hari ini. Wallahua’lam.
Nota 1: Sedarkah anda Yahudi sudah bertapak di negara kita sejak 1700-an lagi?
Nota 2: Sedarkah anda kebanyakkan produk Yahudi mempunyai status kehalalan yang meragukan? Malah membahayakan kesihatan?
Nota 3: Jangan salahkan kerajaan semata-mata. Kita pun berdosa sebab masih lagi membelinya.
Nota 4: Tidak semua dapat kita boikot tetapi makanan dan minuman masih lagi ada alternatifnya. Percayalah masih ada alternatifnya.
produk-produk syarikat yahudi
boikot produk yahudi
boikot produk yahudi 2
Sumber: PPIM
Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menggesa JAKIM Menarik Balik Semula Sijil Halal Yang Diberikan Kepada Mana-Mana Syarikat Memberi Sumbangan Kewangan Kepada Zionis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menarik balik mana-mana sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk-produk daripada syarikat yang memberi sumbangan wang, membantu atau melindungi zionis atau yang jelas mempunyai kepentingan Yahudi. Kami merasakan janggal bagi syarikat yang mempunyai pengiktirafan sijil halal, mendapat manfaat dan keuntungan yang besar sebaliknya memberi sumbangan kepada aktiviti yang menghina Islam dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Seharusnya, syarikat umat Islam harus sensitif kepada penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang zalim lagi kejam sebagaimana yang kita saksikan baru-baru ini. Disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri dan takut untuk menggunakan kekuatan yang ada, menyebabkan pihak musuh memijak kepala tanpa sebarang segan dan silu.
Sehubungan dengan itu, buat permulaan ini, adalah dicadangkan di antara produk-produk yang dikenalpasti mempunyai kepentingan/ membantu Zionis Israel secara terang-terangan ialah seperti Colgate, Coca-Cola dan Starbucks. Bagi pihak PPIM, membeli produk-produk yang memberi sumbangan kepada puak Zionis samalah seperti menyokong Yahudi untuk membeli senjata untuk membunuh saudara Islam kita di Palestine dan juga merosakan keamanan serta menghancurkan kemanusiaan.
Sesungguhnya, PPIM memandang serius tindakan kejam zionis Israil terhadap aktivis-aktivis keamanan yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk penduduk Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia antaranya dari Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan Lifeline For Gaza (LL4G).
Justeru itu, PPIM menggesa masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan terhadap aktivis keamanan kita yang akan terus berjuang untuk Gaza dengan melakukan jihad ekonomi terhadap Zionis Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mahupun produk yang mempunyai kepentingan yahudi.
Sekian.
Nadzim Johan Ketua
Aktivis PPIM

No comments:

Post a Comment